Dulu gua memang jenis malas belajar. Tapi naik tingkatan besar sikit semangat belajar gua menggila. Ada satu makwe dulu yang gua kenal, dia yang menjadi punca keghairahan belajar gua tinggi. Boleh dikatakan makwe tersebut menjadi inspirasi gua.
Scene belajar masa tu memang cukup into. Gua dengan kutu-kutu lain sanggup berjaga sampai malam untuk study hard. Lagi-lagi ada sebulan lebih kurang nak menghadapi SPM pertama gua. Skin head-skin head, Korn ke, Hip-Hop ke, hal enjoy tolak tepi dulu untuk menghormati waktu SPM.
Gua dan Muin Black duduk satu wakaf @ gazebo dalam sekolah semasa habis sesi pagi persekolahan. Entah zaman tu sekolah mana takde wakaf memang tak moden, tak nombor satu. Gua dan Muin Black ni kira sama-sama handal dalam mata pelajaran kegemaran iaitu Sejarah. Sejak dari tingkatan 3, gua dengan beliau berlumba markah ujian bulanan Sejarah. Tak dia high score, gua yang high score.
Tapi entah macam mana naik tingkatan tua bangka gua jadi bodoh dengan subjek Sejarah. Jadi gua menuntut dengan beliau. Muin Black adalah seorang pengawas sekolah. Masa itu seingat gua hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Sekonyong-konyong tekak gua menginginkan satu kuih yang menjadi faveret dan kegilaan gua pada masa tu - Pau Goreng inti Sambal. "Ah, ujan lejut doh.." bisik hati gua disayat hampa sambil membaca fakta-fakta sejarah huru-hara.
Lalu Muin Black mengeluarkan sesuatu dari poket seluar birunya, bagi menghilangkan scene kuih dalam otak gua.
Puhhhh.!!Bentuk bulat-bulat keluar dari mulut. Puhhhh..!! menyembur keluar dari celah hidung dan gigi gua yang tersusun rapi.
********************
Memang nikmat dunia hisap rokok dalam hujan lebat gini.

0 Aduan:
Catat Ulasan