SlideShow

0

Hari Yang Gua Rasa Nak Mencarut

Hari ni, gua di ofis. Hari ni gua menjadi patriotik. Malam ni ada perlawanan penting second leg Malaysia lawan Vietnam.

Semangat kesukanan gua jadi timbul!!

Kabornya, gua siasat-siasat di laman web rasmi AFF Suzuki Cup 2010,
di Vietnam main jam 1900 hrs.

Gua pun klik Internet Explorer, "RTM dah 64 tahun, sekarang dah ada online streaming. RTM dah bukan jenama ayam-ayam lagi" senyum lebar gua dalam hati.

Gua pun tak tau apa beza masa Vietnam dengan Malaysia, pukul 7.00 pun tak main lagi? Gua
rasa tak puas hati. Semangat kemerdekaan gua meluap-luap.

Jam 8.00 malam.

Mengikut berita-berita yang boleh dipercayai,
TV1 live jam 8.30 malam.Gua percaya berita tersebut. Tak penah-penah gua layan berita TV1 gua tunggu main dengan sabar. Tau-tau berita tunjuk live, haram jadah, dah main rupanya. Langsung tak semangat patriotik RTM ni. Berita-berita esok pun boleh.

Jam 8.30 malam

Fuhhh..tangan gua dah gigil. Dada gua berdebar-debar.Akhirnya perlawanan yang ditunggu tiba, walaupun dah lambat. RTM live jam 8.30 mlm sekarang dah minit-35."Kira okey lagi" bisik gua lega.

Malaysia pakai jersi kuning.Harap-harap dorang tak main macam palat. Katanya Rajagobal jersi kuning tak bawa tuah.

Pergh Vietnam main memang bisa attack bertalu-talu. Nasib defender Malaysia bukan cap ayam. Pergh...apa cerita Nor Shahrul Idlan buat body contact Ref bagi free kick? Pergghh risau betul dalam hati aku.

Perghhhhh bisa....

Perghhhh..macam celake tau-tau TV1 menjadi bodoh. Apa cerita tengah main bola tiba-tiba jadi siaran Spektra Muzik??

Jam 9.15 malam

Dah 45 minit gua tunggu.
64 tahun masih tetap bodoh.
2

Kereta Kancil

Perghh...!! Petang-petang  begini ambil angin sambil layan makwe main tenis ni menarik juga.

Lalu gua pun bergegas huru hara minta kunci kereta pada Akak Rodziah Senah.
"Lebih berprestij di hadapan makwe, boleh gak market sedikit pandu kereta"..bisik hati jahat gua.

Lalu gua pun meronda satu UTM dengan kereta Kancil tahun 1999 manual 650 ex kaler White Tranquility sambil mata gua meliar buas melayan makwe berjubah, makwe separuh berjubah, makwe kotemperori, makwe yang pakai tudung tapi baju ketat, makwe yang free hair, semua jenis dan kategori makwe menjadi perhatian gua dengan penuh teliti.

Sampai di padang tenis, gua berjumpa pula dengan Azrul Tokan CD, proses melayan makwe lalu lalang harus di hentikan untuk menghormati beliau.Gua pun bersembang lebat sambil mata kaver - kaver menahan dari memerhati makwe disebalik celah-celah pokok.

Lepak, lepak juga, azan maghrib pun berkumandang. Tidak manis di pandang makwe. Gua harus menjaga imej kelakian sebagai lelaki timur. Gua berhati - hati menuju ke tempat parking. Baru nampak macam orang baik.Macam orang masjid.

Gua terkejut sedikit, apahal rim kereta kancil ni lain tak seperti keadaan masa gua pandu mula-mula tadi? Bila masa Akak Rodziah Senah cabut? Apa cerita?

"Hati gua di rembat kehairanan.Argh,  lantak la demeh." gua cuba berselindung disebalik rasa misteri. Baru park sekejap depan bahagian bonet doh penuh dengan daun-daun gugur, lalu gua cuba berbuat baik sebagai balasan memberi pinjam kereta. Dah pinjam buat cara pinjam ye tak?

Dengan bergaya dan tenang gua mengelap bonet guna tangan untuk buang daun-daun  yang gugur dengan sekali henjut satu nafas dan mantap, pergh!!! bisaaa....makcik ni tak basuh kereta agaknya..baru sekali sapu, tangan hitam dengan daki kereta.Memang pendaki sungguh Akak Rodziah Senah ni.

Itu jam gua tekan alarm untuk...takkan la lu tak tau untuk apa??Gua pun malas nak explen.Berdecit bunyi alarm, apa cerita pintu kereta ni masih terkunci lagi? Gua tak puas hati betul.Gua tekan lagi untuk kali kedua masih tetap sama hasilnya


Gua perasan satu perkara. Bunyi dia dari tadi macam bukan dari kereta ni??


Cilakak!!! Apa cerita kereta kaler sama, design sama boleh parking sebelah-sebelah????


*********** 


Nota : Agaknya apa perasaan lu jadi macam tu?  Handal tak handal lu boleh pegi bersihkan  kereta orang lain? Malu wooo... Macam haram bila bukak balik dokumen tahun 2008 ni. Gua masih simpan lagi scene memalukan ni dalam word rupanya. Cewahhh...
0

Hari Di Mana Gua Menjadi Ulat Buku

Gua rasa ralat sikit sekarang ni. Kalau balik rumah ada isteri boleh ajak bergurau..Kalau balik rumah ada suara kanak-kanak menyambut gua di pintu rumah memang syahdu.

Ada satu scene gua terbayang kalau gua balik rumah gua terbayang suara anak gua memanggil, "Ayah, macam mana nak setel soalan Kejuruteraan Matematik ni?", gua pun balas, "Ah, Eman abah dulu pun tak tanya Atuk kau camna nak terangkan pasal Sistem Peranakan Wanita dalam subjek Sains dulu!" terjah gua garang.

Zaman tu gua rasa budak-budak darjah 1 takda kira berapa jumlah buah tembikai dalam buku teks dan latihan mereka, takda main kira nombor menurun hingga menaik.Takda kira bahagi dan darab, tu semua kodi. Rasanya masa tu budak semua sibuk belajar pasal Kejuruteraan Matematik Untuk Akhirat, Bagaimana Sistem Pernafasan Matematik BerfungsiDoa-Doa Matematik dan ataupun paling celaka, Matematik Ilmu Hitam dan Cara Mengatasinya...apa cerita?

Gua ingat masa tu zaman futuristik, masa tu gua memang maskulin habis berumur lingkungan 35 tahun dan berbadan tegap. Gua dilahirkan memang tak bersifat jambang,tapi gua ingat masa tu Dr. Rozmey dah keluarkan satu ubat untuk lelaki-lelaki yang ada masalah tak berjambang. Gua rasa masa tu scene jambang tengah meletup. Semua wanita-wanita memang nak lelaki ada jambang. Scene lelaki berbulu dada dah ketinggalan zaman. Tapi gua syak Dr.Rozmey pun dah jadi atuk-atuk masa tu.

Sekarang ni gua balik rumah, gua baca buku tulisan Michael J. Losier bertajuk Law Of Attraction ada jugak buku-buku Trump. Apa cerita kalau gua nak baca buku Pedang Setiawan? Gua dah 25 tahun gua harus seiring peredaran zaman.

Kadang-kadang buku-buku agama gua pun dah lama tak baca. Bila lagi nak jadi scene orang-orang baik?
0

Thierry Henry

Wahiduzzaman/Didi/Thierry Henry 22 tahun

Sekarang brader ni dah tak Thierry Henry. Rambut dah panjang. Katanya ala gothic.Dulu..Sekarang brader ni dah takda masa nak gothic, nak emo.Sekarang zaman duit. Tak kira lu gothic, punk, hardcore, kalau lu takde duit lu kayap. Sekarang zaman metroseksual, sekarang zaman laki-laki korea jadi rebutan. Gothic punk belakang kira.


0

Study

Dulu gua memang jenis malas belajar. Tapi naik tingkatan besar sikit semangat belajar gua menggila. Ada satu makwe dulu yang gua kenal, dia yang menjadi punca keghairahan belajar gua tinggi. Boleh dikatakan makwe tersebut menjadi inspirasi gua.

Scene belajar masa tu memang cukup into. Gua dengan kutu-kutu lain sanggup berjaga sampai malam untuk study hard. Lagi-lagi ada sebulan lebih kurang nak menghadapi SPM pertama gua. Skin head-skin head, Korn ke, Hip-Hop ke, hal enjoy tolak tepi dulu untuk menghormati waktu SPM.

Gua dan Muin Black duduk satu wakaf @ gazebo dalam sekolah semasa habis sesi pagi persekolahan. Entah zaman tu sekolah mana takde wakaf memang tak moden, tak nombor satu. Gua dan Muin Black ni kira sama-sama handal dalam mata pelajaran kegemaran iaitu Sejarah. Sejak dari tingkatan 3, gua dengan beliau berlumba markah ujian bulanan Sejarah. Tak dia high score, gua yang high score.

Tapi entah macam mana naik tingkatan tua bangka gua jadi bodoh dengan subjek Sejarah. Jadi gua menuntut dengan beliau. Muin Black adalah seorang pengawas sekolah. Masa itu seingat gua  hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Sekonyong-konyong tekak gua menginginkan satu kuih yang menjadi faveret dan kegilaan gua pada masa tu - Pau Goreng inti Sambal. "Ah, ujan lejut doh.." bisik hati gua disayat hampa sambil membaca fakta-fakta sejarah huru-hara.

Lalu Muin Black mengeluarkan sesuatu dari poket seluar birunya, bagi menghilangkan scene kuih dalam otak gua.

Puhhhh.!!Bentuk bulat-bulat keluar dari mulut. Puhhhh..!! menyembur keluar dari celah hidung dan gigi gua yang tersusun rapi.

********************

Memang nikmat dunia hisap rokok dalam hujan lebat gini.
0

Muinuddin aka Pendeta Panchasitara

Muinuddin (Muin Black), 26 tahun masih bujang.

Brader ni kawan sekelas gua dulu, sekarang hebat kerja gomen sebagai guru. Kata orang menjadi rebutan jenis mak-mak mertua yang nak mencari calon.

Sekarang brader ni ada join satu kutu-kutu motor Knots Of GTR Rider. Gua harap brader ni berjaya dalam
arena bidang motor yang diceburi.

Handal tak handal brader ni boleh ajak anak murid dia sekali hisap rokok dalam toilet katanya.
Gua sangat setuju metod tersebut. Budak-budak zaman sekarang tak boleh nak dimarah, ditegur memang jenis masuk telinga kanan keluar telinga yang sama juga.
0

Scene "Keluarga-Keluarga" - Thierry Henry

'Sayang, kita mau masa apa ini hari?" tegur gua romantik sambil menolong 'isteri' apa-apa
yang patut di dapur. Belum pun sempat pertanyaan gua dijawab, 'anak' gua Didi aka Thierry Henry muncul huru-
hara dan mencangkung dihadapan gua. Kelihatan wajahnya kemerehan di bakar panas mentari bermain pasir di luar.

Sorang lagi anak gua Mohd Shaffiq turut tekun menolong ibunya mengacau masakan di 'kuali'.
Tidak syak lagi beliau memiliki perwatakan yang mulia. "Bagus, beginilah anak abah" bisik gua bangga
dalam hati.

Gua, Siti Wahizah, Mohd Shaffiq dan Thierry hidup harmoni dalam rukun
keluarga yang aman dan damai.

********
Berbuai-buai kepala gua mengingat memori itu. Gua memang malas nak ingat benda-benda tu.
Apa cerita 18 tahun yang lalu gua main scene 'keluarga-keluarga' dengan sepupu-sepupu dan pakcik gua?

Menjadi abah memang satu cabaran yang getir ketika berumur 7 tahun.