Hari ini serius gua memang rasa ralit nak buat blog baru.
Cerita lebih kurang 4 bulan lepas mengenai perbincangan antara gua, Mail Sumpit dan sorang kutu berpengalaman tentang hal ehwal islam, ada juga seorang makwe berpelajaran tinggi
yang pada gua faham bab-bab IT nak buat web blog ciri islamik.
Gua malas nak cerita semangat gua pada masa itu. Tengok-tengok lah kalau tahun 2040 nanti
kalau projek tu up semula.
Dulu gua ada tulis dalam satu blog popular. Bukan sebagai jemputan tapi gua tulis dekat blog gua sendiri.
Gua akui masa tu gua cemburu dengan orang-orang yang ada blog. Ada pengikut sendiri, gua rasa macam best perasaan tersebut. Hampir 2 tahun gua menulis disitu. Boleh tahan jugak, adalah dalam 5 orang followers berkualiti. Gua pegang falsafah kualiti lebih signifikan dari kuantiti. Gua yakin pasti ada silent reader yang baca blog gua. Cewahhhh…
Sekarang apa cerita?
Gua malas nak cerita pasal blog tu.
Sekarang gua saja nak test power balik. Memori gua sebagai seorang belia berwawasan menerjah kembali. Gua pegang semangat baru kali ini.


0 Aduan:
Catat Ulasan